Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2024

Ulasan Buku Keselamatan Nasional Malaysia

Imej
    Penerbitan buku-buku tentang konsep dan isu keselamatan nasional negara Malaysia boleh dikatakan hampir tiada langsung. Perdebatan tentang konsep tersebut pula masih tidak menyentuh secara menyeluruh dan kita masih belum ada lagi wacana ilmiah tentang keselamatan nasional Malaysia yang berbentuk penulisan akademik. Kalau dibincangkan pun, kita masih terperangkap dengan acuan barat dari segi perspektif keselamatan.    Buku ini sebenarnya merupakan himpunan artikel-artikel yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah dari UKM. Jadi penulisan dalam buku ini mengikuti format artikel akademik dan penerbit bagi buku ini ialah penerbit UKM.    Ada bab dalam buku ini menyentuh tentang konsep Realisme. Pandangan terhadap Realisme berubah apabila berakhirnya Perang Dingin. Realisme gagal untuk meramal pengakhiran Perang Dingin. Malah, Amerika Syarikat dan Soviet Union bertukar menjadi rakan dalam politik antarabangsa. Penulis menyatakan bahawa Realisme tidak bergun...