Ulasan Buku Keselamatan Nasional Malaysia
Penerbitan buku-buku tentang konsep dan isu keselamatan nasional negara Malaysia boleh dikatakan hampir tiada langsung. Perdebatan tentang konsep tersebut pula masih tidak menyentuh secara menyeluruh dan kita masih belum ada lagi wacana ilmiah tentang keselamatan nasional Malaysia yang berbentuk penulisan akademik. Kalau dibincangkan pun, kita masih terperangkap dengan acuan barat dari segi perspektif keselamatan.
Buku ini sebenarnya merupakan himpunan artikel-artikel yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah dari UKM. Jadi penulisan dalam buku ini mengikuti format artikel akademik dan penerbit bagi buku ini ialah penerbit UKM.
Ada bab dalam buku ini menyentuh tentang konsep Realisme. Pandangan terhadap Realisme berubah apabila berakhirnya Perang Dingin. Realisme gagal untuk meramal pengakhiran Perang Dingin. Malah, Amerika Syarikat dan Soviet Union bertukar menjadi rakan dalam politik antarabangsa. Penulis menyatakan bahawa Realisme tidak berguna untuk memahami ere pasca Perang Dingin.
Juga disentuh tentang bagaimana kegiatan politik boleh mengancam keselamatan nasional. Tragedi Memali yang didakwa berpunca daripada dakwaan kafir-mengkafir yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang yang mana ucapan itu dikenali sebagai Amanat Abdul Hadi. PAS menentang UMNO kerana UMNO mewarisi dan mempertahankan perlembagaan penjajah. PAS mendakwa bahawa seseorang itu dianggap kafir jika dia memisahkan agama dan politik.
Selain itu, dalam bab seterusnya penulis berpendapat bahawa hampir semua peperangan yang berlaku melibatkan antara negara-negara yang berjiran. Punca peperangan antara negara yang berjiran ialah pertindahan sempadan.
Walaupun buku ini ditulis dalam format akademik, ia satu usaha yang baik untuk mengetengahkan tulisan-tulisan yang berkisarkan tentang keselamatan nasional. Diharapkan ada buku-buku lain yang seperti ini ditulis dalam bentuk yang lebih sesuai untuk dijadikan bacaan umum.
Ulasan
Catat Ulasan