Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2024

Ulasan Buku Mitos Mahasiswa Sibuk

Imej
Satu buku yang wajib dibaca oleh semua mahasiswa. Kritikan-kritikan yang diajukan oleh penulis mampu menyedarkan mahasiswa tentang peranan mereka dalam masyarakat. Aku mencatat banyak isi penting yang terdapat dalam buku ini. Jika mahukan huraian yang lebih panjang daripada isi yang aku catat, bacalah buku ini. Aku sangat sarankan.    'Skor 11 A, masuk universiti, dapat kerja bagus dan hidup senang-lenang. Malanglah jika maksud pendidikan terhad kepada definisi sesempit ini.' Masyarakat pada hari ini memperkecilkan skop pendidikan hanya kepada masuk kelas dan peperiksaan. Itulah yang terjadi kepada mereka yang skor CGPA yang tinggi tetapi sebenarnya they are nothing .  Punca mahasiswa tidak mempunyai soft skills adalah kerana mereka kurang mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelawan, kemasyarakatan, aktivisme dan persatuan. Realiti yang berlaku pada hari ini, proses mencari ilmu menjelma menjadi proses pencetakan dan sijil. Ramai yang ke universiti, tetapi di manakah...