Ulasan Buku Mitos Mahasiswa Sibuk

Satu buku yang wajib dibaca oleh semua mahasiswa. Kritikan-kritikan yang diajukan oleh penulis mampu menyedarkan mahasiswa tentang peranan mereka dalam masyarakat. Aku mencatat banyak isi penting yang terdapat dalam buku ini. Jika mahukan huraian yang lebih panjang daripada isi yang aku catat, bacalah buku ini. Aku sangat sarankan. 

 

  1. 'Skor 11 A, masuk universiti, dapat kerja bagus dan hidup senang-lenang. Malanglah jika maksud pendidikan terhad kepada definisi sesempit ini.'
  2. Masyarakat pada hari ini memperkecilkan skop pendidikan hanya kepada masuk kelas dan peperiksaan. Itulah yang terjadi kepada mereka yang skor CGPA yang tinggi tetapi sebenarnya they are nothing
  3. Punca mahasiswa tidak mempunyai soft skills adalah kerana mereka kurang mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelawan, kemasyarakatan, aktivisme dan persatuan.
  4. Realiti yang berlaku pada hari ini, proses mencari ilmu menjelma menjadi proses pencetakan dan sijil.
  5. Ramai yang ke universiti, tetapi di manakah graduan ini berada di saat ramai yang tidak mendapat pendidikan yang cukup?
  6. Pendidikan itu hujungnya ialah perubahan dalam masyarakat. Ilmu perlu dikembangkan untuk mengubah masyarakat. Manakala, universiti ialah ujian pertama untuk generasi masa hadapan. Oleh itu, universiti perlu dibawa kepada warga umum iaitu masyarakat. 
  7. Anak-anak kecil perlu diajak untuk 'bercinta' dengan ilmu oleh pendidik dan masyarakat khususnya  mahasiswa. Anak-anak tidak bersemangat ke sekolah dan dan tidak bersemangat untuk belajar serta meneroka ilmu baharu kerana tidak didorong untuk mencintai ilmu. 
  8. Bukan nilai pointer yang harus dibanggakan tetapi sesuatu sumbangan terhadap masyarakat yang menjadikan seseorang itu bernilai.
  9. Program yang dianjurkan oleh mahasiswa yang berbentuk intelektual dan mencabar minda boleh dikira dengan jari saja.
  10. Universiti kini seperti kilang yang mengeluarkan model-model robot yang tidak mampu berfikir dan sekadar memenuhi permintaan pasaran.
  11. Mahasiswa sering beralasan sibuk apabila diajak untuk menyertai program-program kemasyarakatan, diskusi ilmiah, bergiat dalam aktivisme dan apa-apa jua perkara di luar bidang yang mereka pelajari. Apa yang ada dalam kepala mereka ialah assignment, presentation, test, quiz, exam, pointer dan dean's list.
  12. Pelajar menjadi malas sebab tiada peperiksaan? Pelajar malas itu soal mentaliti bukan kerana sistem.  
  13. Anak muda obses dan kemaruk cinta adalah kerana faktor masyarakat. Masyarakat meletakkan suatu keadaan di mana lagi cepat berkahwin, terutama untuk anak perempuan, ianya lebih baik.
  14. Situasi ini membuatkan ibu bapa stres anak kerana tidak mahu anak-anak mereka digelar sebagai andartu (anak dara tua).
  15. Kerana takutkan hidup keseorangan dan label andartu, belia-belia yang baru ke universiti menfokuskan seluruh hidup mereka pada cinta daripada kelas, wacana-wacana ilmu dan kerja sosial.
  16. Kerana takutkan hidup berseorangan, mereka aktif mencari cinta kerana tidak ingin berseorangan bukan kerana mereka jujur dalam percintaan. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kawan Perempuan

Apa itu Pengajian Strategi?

Ulasan Buku Pinkie Promise