Ulasan Buku Dua Sayap Ilmu

Ini kali pertama aku membaca buku yang ditulis oleh Syed Ahmad Fathi. Beliau sudah pun menulis beberapa buah buku ketika aku baru sahaja membaca buku ini. Aku follow penulis ini dekat Facebook dan sentiasa juga baca apa yang dikongsikan di media sosialnya. Buku ini aku jumpa di perpustakaan awam di daerah aku. Bila aku jumpa buku ini di rak buku, aku terus letakkan buku ini dalam senarai buku yang akan aku baca semasa cuti nanti. Dua Sayap Ilmu. Sayap yang pertama ialah membaca dan yang kedua ialah menulis. Membaca dan menulis adalah sayap ilmu yang perlu bergerak seiring. Ia tidak boleh dipisahkan. Kita sering mendapat galakan untuk membaca tetapi apa yang nak dibaca kalau tiada siapa yang menulis? Siapa yang layak untuk menulis sebenarnya? Orang yang banyak membaca? Atau sarjana yang berkelulusan PhD? Penulis dalam buku ini menceritakan bahawa beliau pernah dikritik kerana tidak mempunyai PhD untuk mengulas isu politik. Penulis mem...