Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2025

Ulasan Buku Introduction to Intelligence: Institutions, Operations, and Analysis

Imej
 Perisikan merupakan salah satu tajuk yang penting dalam bidang pengajian strategi. Semasa aku semester 1, aku ada kursus yang wajib aku ikuti iaitu Pengantar Pengajian Strategi. Salah satu bab yang aku belajar ialah perisikan.   Perisikan jika diteliti dalam garis masa sejarah, ia sudah berlaku beribu tahun lagi. Sun Tzu, pemikir strategi yang terkenal dalam sejarah telah menulis tentang kegunaan dan jenis-jenis perisik dalam karya agungnya The Art of War  .   Ini bukan kali pertama aku membaca buku tentang perisikan. Ini kali kedua. Buku ini lebih menjurus kepada bidang perisikan yang berkembang menjadi sebuah disiplin akademik dan diajarkan di universiti-universiti. Dalam buku ini lebih menumpukan kepada komuniti perisikan di negara Amerika Syarikat. Tetapi, ada juga disentuh berkaitan dengan agensi perisikan di negara-negara lain dalam bab 4, Comparative Intelligence System.   Perisikan dijadikan sebagai alat untuk menjaga kepentingan negara. ...