Malaysia Sudah Tiada Majalah Pertahanan

 Masa aku dekat Defence Services Asia (DSA), aku singgah satu booth, Asian Defence Journal (ADJ). ADJ ni majalah pertahanan. Aku sempat lah sembang kejap dengan sorang Person In Charge (PIC) booth tu.  

"ADJ ni jual ke?" 

"Kita tak jual, tapi boleh je kalau nak langgan online." 

"ADJ ni sekali dengan Majalah Perajurit dengan Tempur kan? Kenapa dua  majalah tu dah takde?"

 "Perajurit masih ada lagi bang, cuma kita aktif dekat FB je." PIC tu mmg panggil aku abang, walaupun dia lagi tua daripada aku hahaha. 


ADJ yang aku dapat masa DSA 2024


 PIC tu sambung "Kita terpaksa stop print sebab kos print mahal bang. Kita pon dah takde advertiser." 

 "Macam mana tu?" 

"Contohlah, ada satu pemain industri pertahanan ni nak promote produk diorang, diorang akan bayar rm8000 satu pengiklanan dekat kami untuk kami iklankan.  Daripada rm8000 tu lah kami akan guna untuk tampung kos printing. Satu majalah mungkin dalam rm7 untuk print sahaja. Belum lagi harga jual."

  Aku tanya lagi "Puncanya sebab dah kurang orang beli majalah kan?"  

"Ya bang, dulu kita edarkan dari kedai ke kedai nak pastikan majalah kami terjual. Kementerian-kementerian tak nak beli, diorang kalau boleh nak free je." 

"Habis tu, penulis-penulis majalah semua macam mana?" 

"Diorang semua dah buat haluan masing-masing. Ada lah kerja yang diorang buat tu."  Penulis yang aku tahu Zaki Salleh je lah. PIC tu ada juga sebut beberapa nama penulis pertahanan yang lain, yang tak pernah aku dengar pon ada.

   "Dulu kami print 5000 majalah, distributor pulang dekat kami 3000 majalah tak terjual. Satu artikel yang penulis tulis, boleh dapat rm200 hingga rm300. Penulis - penulis kami semua dah otak beku, sebab semua benda kami dah cover. Abang boleh menulis untuk tiga muka surat? Dulu majalah kami boleh cecah 60 muka surat. Tapi lepas tu, cuma boleh cecah 30 je." 

     Sampai situ je lah sempat aku sembang. Memang betul majalah fizikal dekat Malaysia sekarang yang boleh bertahan berapa kerat je.  FB perajurit tu pon aku tengok banyak cedok laporan latihan tak pon laporan lawatan. Aku sempat juga beli majalah perajurit. Adalah sikit. Majalah tempur pon aku ada. Majalah perajurit yang aku beli tahun 2019 - 2020 tak banyak benda yang best nak dibaca. Banyak laporan dengan buletin je. Aku ada majalah tempur keluaran 2003. Majalah tu banyak cover tajuk-tajuk best. Macam krisis Libya dengan US. Penulis dia Zaki Salleh. Memang best tulisan dia. Macam mana krisis tu boleh berlaku, aset dan senjata yang digunakan, dan apa tindakan dari pihak Libya dan US ditullis dalam satu artikel. 


Koleksi Majalah Perajurit

Majalah Tempur 


      Sedih la juga sebab dah tak banyak penulis yang nak tulis pasal pertahanan dan ketenteraan dekat Malaysia ni. Pelajar UPNM sendiri pon aku tengok takde yang betul-betul minat dengan penulisan pertahanan. Ironinya, ada juga pelajar UPNM yang tidak minat langsung pasal pertahanan walaupun belajar dekat 'universiti pertahanan'. Harapnya ada lah yang akan jadi pelapis penulis dari UPNM untuk menulis pasal pertahanan ni, Mungkin dalam kalangan ZP44 👀....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kawan Perempuan

Apa itu Pengajian Strategi?

Ulasan Buku Pinkie Promise