Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

Ulasan Buku: Hubungan Antrabangsa: Teori dan Praktis

Imej
 Tujuan utama penulis menulis buku ini adalah untuk mengisi kekurangan sumber rujukan bagi bidang Hubungan Antarabangsa (HA) dalam Bahasa Melayu. Buku ini ada menerangkan bagaimana HA menjadi salah sebuah disiplin akademik dan bagaimana ia dilihat sebagai satu fenomena. Tujuan asas HA adalah untuk mengkaji hubungan atau interaksi dalam kalangan negara.    Bagaimana HA muncul sebagai disiplin akademik? Yang pertama, kesan daripada Perang Dunia I (PDI). Kedua, mengkaji tingkah laku negara dan mengenal pasti cara-cara untuk menghindari perang. Ketiga, mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan PDI.    Selain itu, HA juga dilihat sebagai satu fenomena yang mana peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang melibatkan interaksi dalam kalangan pelaku seperti perdagangan antarabangsa, diplomasi, peperangan, lawatan rasmi oleh ketua-ketua negara dan pertukaran duta-duta.    HA merupakan salah satu cabang dalam Sains Politik. HA dan Sains Politik masing-mas...

Tak Puas Dengan PBAKL 2024

Imej
 Untuk pesta buku kali ni, aku rasa inilah pesta buku yang aku tak puas. Tak puas sebab apa? Tak puas sebab tak semua booth kedai buku aku dapat singgah. Kunjungan aku ke PBAKL kali ni lain berbanding dengan dua tahun sebelum ni. Kali pertama aku pergi event ni tahun 2022 dengan bapak aku. Aku bertolak dari Kluang naik bas. Aku balik naik KTM ETS dari KL Sentral ke Gemas. Sampai Gemas baru tukar train untuk ke Kluang. Sampai Kluang pukul 5 pagi. Tahun lepas, 2023 aku pergi dengan member aku, syafiq aka capek. Masa tu aku asasi, tu kali pertama aku pergi dengan member aku.    Tahun ni pula aku pergi sorang je. Kali ni aku tak terikat dengan siapa-siapa lah. Aku bebas nak balik pukul berapa, nak singgah booth lama-lama ke, tak kisah. Aku dengan aku je. Cumanya, aku tak dapat nak singgah semua booth sebab aku penat. Aku penat berdiri dengan berjalan. Bayangkan aku sampai PWTC dalam 9.40 pagi, aku balik pukul dalam pukul 5 lebih. Aku rehat sebab nak makan dengan solat je. Aku...