Tak Puas Dengan PBAKL 2024
Untuk pesta buku kali ni, aku rasa inilah pesta buku yang aku tak puas. Tak puas sebab apa? Tak puas sebab tak semua booth kedai buku aku dapat singgah. Kunjungan aku ke PBAKL kali ni lain berbanding dengan dua tahun sebelum ni. Kali pertama aku pergi event ni tahun 2022 dengan bapak aku. Aku bertolak dari Kluang naik bas. Aku balik naik KTM ETS dari KL Sentral ke Gemas. Sampai Gemas baru tukar train untuk ke Kluang. Sampai Kluang pukul 5 pagi. Tahun lepas, 2023 aku pergi dengan member aku, syafiq aka capek. Masa tu aku asasi, tu kali pertama aku pergi dengan member aku.
Tahun ni pula aku pergi sorang je. Kali ni aku tak terikat dengan siapa-siapa lah. Aku bebas nak balik pukul berapa, nak singgah booth lama-lama ke, tak kisah. Aku dengan aku je. Cumanya, aku tak dapat nak singgah semua booth sebab aku penat. Aku penat berdiri dengan berjalan. Bayangkan aku sampai PWTC dalam 9.40 pagi, aku balik pukul dalam pukul 5 lebih. Aku rehat sebab nak makan dengan solat je. Aku singgah satu booth tu lama sebab aku ambil masa untuk baca buku yang aku ambik dan aku selak. Mana-mana tajuk yang menarik aku jumpa, aku selak. Tapi takdelah aku baca satu buku tu. Aku cuma baca pendahuluan, isi dia sikit dengan penulisan buku tu camne.
Itulah punca aku ambil masa lama dekat satu booth. Aku pernah beli buku yang tak best sebab aku tak ambil masa dulu untuk tengok betul-betul isi kandungan buku dan penulisan buku tu. Untuk tak mengulangi kesilapan yang sama, aku ambil masa untuk teliti buku-buku yang aku rasa nak beli.
Rasa ralatlah juga sebab aku tak jumpa booth DBP. Dua tahun berturut-turut aku ada beli buku dari DBP masa pesta buku. Diorang masa pesta buku memang buat banyak diskaun. Makin lama buku tu diterbitkan, makin banyak diskaun.
Kali ni aku cuma spend duit aku sebanyak rm18. Tiga buku aku beli dari ITBM, satu lagi buku dari kedai buku banggol. Aku beli buku pasal pesawat tempur dengan kereta kebal. Buku tu sebenarnya sesuai untuk budak-budak, tapi takpelah aku pon nak kumpul buku-buku pasal tentera ni. Satu lagi buku dari kedai buku banggol, buku bertajuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris: surat, telefon dan percakapan. harga rm3 je. bolehlah untuk kegunaan nak buat surat dalam english. mana tahu berguna satu hari nanti.
Tahun depan kalau boleh aku nak pergi lebih dari sehari ah. best gak kalau camtu 😂
Ulasan
Catat Ulasan