Nak jadi pensyarah tapi.... hmm?

  Kalau ada yang perasan, banyak kali juga aku suarakan tentang pensyarah yang tak menulis buku. Aku baca buku ini pun sebab nak tahu tugas-tugas pensyarah selain daripada mengajar. Adakah pensyarah memang benar-benar sibuk sehingga tak sempat menulis buku?

 Tugas utama pensyarah ada lima iaitu; 1) pengajaran 2) penyelidikan 3) penyeliaan 4) penerbitan 5) khidmat profesional. Nak jadi pensyarah perlu rajin membaca dan menulis. Adalah satu kelebihan jika kita sudah berjinak dengan bidang penulisan sebelum menjadi pensyarah.

 Aku perhatikan yang mahu menjadi pensyarah dalam kalangan kawan-kawan aku tabiat membacanya pun kurang. Silap-silap tak membaca pun. Belum lagi aku tanya, ada tak dia membaca karya agung dalam bidang yang dia belajar.

 Dah macam trend pula lepas habis ijazah tak dapat kerja, terus sambung master dan PhD. Sambung PhD pun belum tentu ada kekosongan untuk menjadi pensyarah. Janganlah termakan dengan ajakan pensyarah apabila beliau mengajak sambung master sejurus selepas tamat ijazah. Ada muslihat tersirat sebenarnya yang disembunyikan daripada kita.

 Nak jadi pensyarah perlu cintakan ilmu, rajin membaca dan menulis. Janganlah jadi pensyarah sebab mengajar dekat universiti itu nampak seronok tak macam cikgu yang mengajar dekat sekolah. Hakikatnya, pensyarah ada banyak lagi kerja lain perlu buat selain daripada mengajar. 

 Ada sahabat aku yang mencadangkan dekat aku untuk menjadi pensyarah. Aku kata aku tak berminat sebab aku nampak pensyarah hanya 'duduk' dalam dunia akademik sahaja. Aku tak suka kalau ilmu yang mereka ada tidak dikembangkan dengan masyarakat. Ini mesti ada yang tak setuju bila aku kata pensyarah tak bergaul dengan masyarakat. Cuba senaraikan dekat aku pensyarah yang layak bergelar 'intelektual awam' dekat Malaysia ini?

 Pesanan aku untuk sesiapa yang akan menjadi pensyarah satu hari nanti, janganlah membisu untuk menyatakan kebenaran lagi-lagi apabila menyatakan kritikan terhadap kerajaan. Jangan jadi "minda tertawan". Kemudian, tulislah buku dengan gaya penulisan popular. Jangan tulis buku akademik yang penuh dengan jargon dan istilah teknikal yang hanya pensyarah sahaja boleh faham. Kembangkan bidang-bidang masing-masing dengan masyarakat. Ilmu itu untuk semua orang bukan untuk yang di universiti sahaja. 

 Buku ini sesuai untuk tahu macam mana nak jadi pensyarah. Tapi aku lebih suka buku yang ditulis dalam bentuk memoir oleh pensyarah itu sendiri. Tak kata buku ini tak memberi maklumat tentang kerjaya pensyarah tapi kalau nak lagi seronok boleh cari buku lain bersifat memoir untuk lebih seronok membaca. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kawan Perempuan

Apa itu Pengajian Strategi?

Ulasan Buku Pinkie Promise