Lawatan ke Sebuah Jabatan Pemikir Pertahanan

"Orang pandai dalam tentera ni tak dihargai." kata Dato Yacob.

 Itu yang Dato Yacob katakan semasa sesi courtesy call di dalam biliknya. Aku sebagai pengarah program dijemput sekali untuk mendengar. Dato juga ada berkongsi tentang aktiviti-aktiviti institut ini  antaranya Vietnam dan Brunei perlukan bantuan institut ini untuk membangunkan universiti pertahanan di negara masing-masing. Universiti yang dimaksudkan tu mungkin lebih kurang macam UPNM. 

 Institut ini juga merupakan ahli wajib yang akan menghantar wakil ke perjumpaan Network of ASEAN Defence and Security Institution (NADI) pada setiap tahun.  Ada juga Dato sentuh pasal PLKN 2.0. Institut ini memang ada kena-mengena dengan PLKN 2.0. Aku sengaja tak nak bagitahu nama institut ni atas sebab-sebab tertentu.

 Tentang pemerintahan Anwar Ibrahim dengan Najib Razak pun ada disentuh pasal Outcome Based Budgeting (OBB) ketika negara kita di bawah pemerintahan mereka berdua. Tapi ini tidak disentuh secara mendalam. Aku pun tak faham apa yang dibualkan ketika itu. Ini kali pertama aku dengar OBB ni hahaha.

 Lepas tu Dato ada bagitahu hubungan antara Timor Leste dengan Indonesia sebenarnya tak 'ngam'. Pensyarah aku Dr. Wong, tanya bukan ke dua-dua negara tu baik-baik je? Tengok dekat media mereka ni ok je. Tapi Dato menafikan perkara tu.  

 Macam mana boleh tercetusnya idea untuk buat lawatan ni? Aku ada tanya dekat rakan sekelas aku, tak nak buat lawatan dekat mana-mana ke? Mula-mula aku cadang nak buat lawatan ke universiti lain. Tapi atas nasihat pensyarah, kita pergi ke institut ini dulu. 

 Aku tak naklah belajar ni asyik duduk dalam kelas je. Pergilah buat lawatan industri. Tak kisahlah kita belajar dalam bidang apa sekali pun. Kaitkan dengan apa yang kita belajar dalam kelas dengan situasi dalam industri. 

 Lawatan ni aku pergi bukan di bawah nama badan pelajar. Aku berurusan dengan fakulti berkaitan dengan kertas kerja dan surat-menyurat. Aku tak nampak lagi pelajar program Pengajian Strategi ni perlu tubuhkan kelab atau persatuan yang berdaftar dengan HEP sebab aku tak nampak semangat berpersatuan dalam kalangan pelajarnya. Ada tu mungkin ada ataupun mungkin aku yang tak nampak atau terlepas pandang. Maaf buat rakan sepengajianku aku katakan sebegini. 

 Aku mengharapkan akan ada lagi program yang melibatkan dengan industri. Bukan program berbentuk lawatan sahaja, tapi program yang melibatkan perkongsian ilmu dan dialog antara pelajar dan ahli akademik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kawan Perempuan

Apa itu Pengajian Strategi?

Ulasan Buku Pinkie Promise