Ulasan Buku Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

 BUKU KRITIK PENSYARAH

 Kalau aku diletakkan di dalam satu bilik atau satu ruang yang dipenuhi oleh pensyarah dan aku juga diberi peluang untuk mengulas buku, aku akan pilih buku ni. Buku ini memang ditujukan kepada insan-insan yang bergelar pensyarah. Aku baru tahu ada pensyarah yang terkejar-kejarkan jawatan di universiti. Naif sungguh aku ni hahaha. 

Ini antara beberapa isi yang aku catat:

1. Ahli akademik negara kita tidak menghasilkan buku malah sibuk memasang cita-cita untuk menjadi pentadbir universiti.

2. Sesetengah ahli akademik di universiti-universiti mendamping diri mereka dengan biro pendidikan sesebuah organisasi politik dengan niat untuk menjadi naib canselor di universiti masing-masing. 

3. Pensyarah-pensyarah ini jarang mengadakan diskusi-diskusi dan wacana ilmiah di universiti apatah lagi di luar universiti.

4. Ada pensyarah yang berpesan "Please don't quote me" kerana takut menyatakan kebenaran secara terbuka.

5. Wacana hampir tiada diadakan dalam bidang mereka kecuali demi memenuhi tuntutan asas jabatan.

6. Ada di kalangan ahli akademik tabiat membaca mereka pun tidak mendalam.

7. Soalan yang paling mustahak untuk dijawab ialah berapa banyak buku yang dihasilkan oleh profesor-profesor, ulama-ulama, pensyarah, seniman, budayawan dan intelektual kita.

8. Di negara-negara maju seorang ahli akademik tidak mungkin menjadi profesor kalau dia tidak menghasilkan sekurang-kurangnya satu buku.

9. Sebagai golongan intelektual, suara mereka sepatutnya mewakili isu-isu yang berkait dengan masyarakat.

 Sebenarnya penulis tidak hanya meluahkan kritikannya kepada golongan pensyarah sahaja, tetapi juga dalam bidang pendidikan. Buku yang nipis tapi sarat dengan kritikan. Banyak lagi aku catat dalam buku nota aku semasa aku baca ni. Takkan semua aku kena tulis dalam blog ni. Yang tengah baca ni, pergi baca buku ni hahaha. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kawan Perempuan

Apa itu Pengajian Strategi?

Ulasan Buku Pinkie Promise