Catatan

Ulasan Buku Beat Stress Together

Imej
 Satu benda yang aku belajar dari buku ni ialah perkahwinan bukan satu persaingan. Bukan tentang siapa lebih penat, siapa lebih banyak berkorban, siapa lebih betul. Perhubungan tentang dua jiwa yang cuba bertahan bersama, walaupun dalam keadaan yang tertekan.  Selama ni, aku pun pernah rasa macam kena “menang” dalam hubungan. Nak tunjuk aku lebih penat, lebih betul, lebih kuat. Tapi lepas baca buku ni, aku sedar yang bila ada rasa nak bersaing dalam perhubungan, benda tu bukan buat kita makin rapat tapi makin jauh. Bila kita mula membandingkan, kita bukan lagi pasangan. Kita jadi pesaing.  Kalau kita nak hubungan tu sihat, kita kena belajar untuk jadi satu pasukan. Kalau seorang jatuh, yang seorang lagi kena tolong bangun. Kalau seorang penat, yang seorang lagi kena jadi tempat bersandar. Bukan tambah beban, bukan sindir, bukan ungkit.  Dalam perhubungan, menang bukan bila kita betul. Menang bila kita masih pilih untuk bersama. Buanglah mentaliti nak “menang” dalam p...

Ulasan Buku Pengurusan Kemarahan: Pengenalan & Latihan

Imej
 Kadang-kadang benda kecik pun boleh buat kita naik angin. Lepas tu bila dah marah, diri sendiri pun tak tahu nak buat apa. Tapi sekarang aku mula sedar…kalau kita tak reti urus, dia boleh makan diri. Boleh rosakkan hubungan. Boleh buat kita menyesal.  Aku nak faham kenapa aku marah, dan macam mana aku boleh kawal. Aku percaya yang manusia boleh berubah. Aku percaya pada growth mindset. Tekanan tu bukan beban, tapi peluang. Peluang untuk kita belajar, untuk kita jadi lebih kuat. Sebab tu aku mula cari cara. Aku jumpa beberapa teknik yang boleh bantu kita bila marah tu datang. Teknik yang boleh buat on the spot , tak payah tunggu lama. 1. Time Out – Ambil Masa Sendiri Dulu  Aku belajar yang kadang-kadang, benda paling bijak kita boleh buat bila marah… adalah diam dan asingkan diri. Kalau tengah bergaduh, kita boleh keluar dari bilik, duduk tempat lain, atau berhenti bercakap sekejap. Bila kita dah cool down, baru kita boleh fikir dengan waras. 2. Tarik Nafas Dalam-Dal...

Sorry

Bila umur makin naik, kita mula sedar… maaf’ tu kadang tak cukup nak betulkan benda yang dah retak. Kena ada tindakan, bukan sekadar ucapan. Kami bergaduh, ada kata-kata yang tinggalkan luka. Aku minta maaf dengan hati terbuka sebab aku nak cuba selamatkan apa yang masih ada antara kami. Aku betul-betul nak berubah. Aku tahu aku takkan jadi sempurna…tapi aku cuba. Aku nak ubah cara aku layan orang. Penatlah asyik ulang silap yang sama. Aku kecewakan dia lagi...benda sama, silap sama. Aku tahu dia dah letih, dah tawar hati. Aku tak salahkan dia pun...aku faham kenapa. Aku ulang silap yang sama…yang dah pernah bincang sebelum ni. Aku tahu aku dah hancurkan kepercayaan tu lagi. Aku tahu perangai aku dulu sangat menyakitkan hati. Aku betul-betul tak nak ulang benda tu lagi. Aku nak belajar dari kesilapan, dan aku nak jadi lebih baik. Dah lama aku macam ni. Asyik ulang skrip yang sama. Aku nak berubah tapi aku tahu bukan senang. Aku takut kalau aku gagal, aku akan sakitkan hat...

Pendidikan Melahirkan Pekerja?

  "I don't want a nation of thinkers. I want a nation of workers . . " - John D. Rockefeller  Kata-kata daripada Rockfeller ni buat aku terfikir, apa tujuan pendidikan? Melahirkan pemikir? Atau melahirkan pekerja semata-mata? Kalau tak bekerja, macam aku nak ada duit untuk hidup?   Yelah, dari sekolah lagi kita diajar untuk ikut arahan, hafal nota, lulus exam, lepas tu cari kerja tetap. Semua tu penting, tak dinafikan. Tapi jarang sangat kita digalakkan untuk tanya benda macam “Kenapa kita buat macam ni?” atau “Apa kesan benda ni dalam jangka panjang?” Kreativiti dan cara fikir kritikal tu macam benda sampingan je, bukan benda utama.  Tak peliklah bila ada orang mula fikir luar kotak, dia rasa macam terasing. Bukan sebab dia salah, tapi sebab sistem tak biasa dengan orang yang nak cipta jalan sendiri. Kita ni lebih dilatih untuk ikut, bukan untuk fikir.   Masuk dunia kerja, lagi satu persoalan timbul: “Kalau tak kerja, macam mana nak hidup?” Memang betul, d...

Masih Guna MP3 Player pada Tahun 2025

Imej
  Aku mula guna MP3 pada tahun 2020. Aku dulu sekolah asrama jadi MP3 ni benda biasa jumpa dekat asrama. Tapi taklah semua orang ada. Macam kawan-kawan aku, boleh kiralah berapa orang yang ada MP3. MP3 pertama aku beli pada tahun 2020. Ruizu X50  Aku kena jujur yang aku terpengaruh dengan classmate aku, Akid Hisam. Dia guna Sony Walkman masa tu. Aku ada pinjam dia punya sekejap waktu prep. Masa aku pinjam aku kata "Baek ah, aku kena ada gak ni hahaha."  Ada juga classmate aku yang lain pakai MP3. Macam Zuhayr, dia pakai Ipod Shuffle. Aku ingat lagi aku dengar lagu Taylor Swift time tu dekat Ipod dia hahaha.   Ramai lagi sebenarnya yang pakai. Batch aku, Amni pakai MP3 yang ada touch screen. Paling canggih ah masa tu. Selain tu, Adam Harris. Jazmi pun ada pakai jugak kot. Kalau batch atas, aku tahu Pawan ada guna juga. Dia punya sama macam Akid.  MP3 kedua menggantikan pertama yang rosak. Ruizu X55  Sampai sekarang aku masih guna MP3. Lagu-lagu dalam M...

Ulasan Buku Sekufu

Imej
 Separuh ataupun mungkin lebih daripada buku ini menerangkan bagaimana untuk mengurus konflik dalam perkahwinan. Kita terlalu mengagungkan dalam perkahwinan itu mesti mengelakkan daripada sebarang konflik berlaku. Konflik itu memang boleh dielakkan, tapi ada masa ia tetap akan datang. Jadi pasangan suami isteri perlu tahu macam mana untuk menguruskan konflik dalam rumah tangga. Suami dan isteri perlu uruskan konflik yang ada dan bukan lari daripada konflik itu.   Macam mana konflik dalam rumah tangga itu boleh berlaku? Antaranya, pasangan tidak mengetahui bahasa cinta atau love language. Ada lima  bahasa cinta yang perlu kita tahu; 1) Kata-kata jaminan 2) Khidmat 3) Menerima hadiah 4) Masa berkualiti 5) Sentuhan fizikal.   Selalunya kalau lelaki bahasa cintanya ialah masa berkualiti dan untuk perempuan bahasa cintanya ialah khidmat. Ada satu situasi, si isteri merasakan suaminya tidak menyayanginya kerana si suami tidak menolongnya di dapur untuk memasak se...

Ulasan Buku Introduction to Intelligence: Institutions, Operations, and Analysis

Imej
 Perisikan merupakan salah satu tajuk yang penting dalam bidang pengajian strategi. Semasa aku semester 1, aku ada kursus yang wajib aku ikuti iaitu Pengantar Pengajian Strategi. Salah satu bab yang aku belajar ialah perisikan.   Perisikan jika diteliti dalam garis masa sejarah, ia sudah berlaku beribu tahun lagi. Sun Tzu, pemikir strategi yang terkenal dalam sejarah telah menulis tentang kegunaan dan jenis-jenis perisik dalam karya agungnya The Art of War  .   Ini bukan kali pertama aku membaca buku tentang perisikan. Ini kali kedua. Buku ini lebih menjurus kepada bidang perisikan yang berkembang menjadi sebuah disiplin akademik dan diajarkan di universiti-universiti. Dalam buku ini lebih menumpukan kepada komuniti perisikan di negara Amerika Syarikat. Tetapi, ada juga disentuh berkaitan dengan agensi perisikan di negara-negara lain dalam bab 4, Comparative Intelligence System.   Perisikan dijadikan sebagai alat untuk menjaga kepentingan negara. ...