Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2024

Kawan Perempuan

 "Tak ada kawan perempuan ke kat sana?" Dua kali aku ditanya dengan soalan ni. Yang pertama, ketika aku berdua dengan bapak aku dalam kereta. Yang kedua, ketika aku berdua dengan mak aku di kedai makan. Aku faham soalan ni sebenarnya berkias. "Kawan perempuan" yang disebutkan bukanlah bermaksud kawan sekelas, kawan sekerja ataupun kawan seuniversiti yang berjantina perempuan.    Girlfriend, kalau diterjemahkan secara harfiah memanglah akan jadi kawan perempuan. Tetapi, makna yang sebenarnya ialah teman wanita. "Kawan perempuan" yang dimaksudkan oleh mak bapak aku tu ialah teman wanita ataupun senang kata kekasih hahaha.  Bila aku ditanya dengan soalan ni oleh mak bapak aku, aku sengaja buat-buat tak faham hahaha. Aku jawab je la ada je kawan. Tapi aku tak maksudkan kawan yang istimewalah. Kawan perempuan itu ada tapi tak ada hubungan yang istimewa.  Aku faham, mak bapak aku mesti nak tengok siapalah gadis yang menjadi pilihan hati aku hahaha. Aku tak nakla...

Nak jadi pensyarah tapi.... hmm?

Imej
  Kalau ada yang perasan, banyak kali juga aku suarakan tentang pensyarah yang tak menulis buku. Aku baca buku ini pun sebab nak tahu tugas-tugas pensyarah selain daripada mengajar. Adakah pensyarah memang benar-benar sibuk sehingga tak sempat menulis buku?  Tugas utama pensyarah ada lima iaitu; 1) pengajaran 2) penyelidikan 3) penyeliaan 4) penerbitan 5) khidmat profesional. Nak jadi pensyarah perlu rajin membaca dan menulis. Adalah satu kelebihan jika kita sudah berjinak dengan bidang penulisan sebelum menjadi pensyarah.  Aku perhatikan yang mahu menjadi pensyarah dalam kalangan kawan-kawan aku tabiat membacanya pun kurang. Silap-silap tak membaca pun. Belum lagi aku tanya, ada tak dia membaca karya agung dalam bidang yang dia belajar.  Dah macam trend  pula lepas habis ijazah tak dapat kerja, terus sambung master dan PhD. Sambung PhD pun belum tentu ada kekosongan untuk menjadi pensyarah. Janganlah termakan dengan ajakan pensyarah apabila beliau mengajak...

Midterm Seminar Pengajian Strategi

Imej
 Petang tadi punya midterm. Apa yang aku akan tulis ni mungkin tak semua orang akan faham melainkan siapa yang belajar dalam bidang hubungan antarabangsa dan pengajian strategi. Aku akan cuba untuk tulis dalam cara paling mudah untuk faham. Siapa nak baca dan nak tambahkan pengetahuan, silakan.  Ada kawan aku yang masih lagi masih tak faham ataupun tak 'nampak' lagi apa benda teori hubungan antarabangsa yang mereka belajar ni. Teori macam realisme dan liberalisme memang wajib faham untuk pelajar yang belajar bidang ni. Kalau tak, memang susah nak faham macam mana sebuah negara bertindak atau berinteraksi dengan negara lain.   Fahamkan dulu apa itu hubungan antarabangsa? Aku singkatkan IR (international relations) la senang. IR adalah satu disiplin akademik yang pada asasnya untuk mengkaji hubungan atau interaksi dalam kalangan negara. Jadi nak kaji macam mana hubungan antara negara tu kena la ada pendekatan iaitu dengan menggunakan teori-teori yang ada dalam bidang I...

Mengapakah Penulisan Akademik Bosan?

 Universiti itu tempat terkumpulnya idea-idea hebat. Tetapi mengapa penulisan akademik boleh jadi bosan? Penulisan yang bagus memastikan pembaca tidak hilang minatnya dengan apa yang dibaca.   Penulis akademik perlu sedar mereka sebahagian dalam kalangan masyarakat. Apabila mereka menulis, mereka tidak menulis untuk diri mereka sahaja. Jika mereka mengasingkan diri mereka dengan pembaca, ia akan menimbulkan satu masalah untuk pembaca faham apa yang ingin disampaikan.   Dunia akademik dan pengajian tinggi sepatutnya mesra dengan masyarakat. Mereka perlu pastikan mereka mampu untuk berkomunikasi dengan siapa yang akan dengar dan menerima apa yang disampaikan.  Salah satu sebab mengapa penulisan akademik itu bosan kerana penulis akademik tidak memahami kepentingan mencerita. Mencerita adalah bukti bagaimana manusia berhubung antara satu sama lain sebelum manusia mampu menulis. Kita sebagai manusia memang hidup dengan cerita, setiap hujah adalah cerita dan seti...