Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

Ulasan Buku Pengenalan Budaya Ilmu

Imej
 Sebab utama aku memilih untuk baca buku ini selepas aku mendapat tahu istilah budaya ilmu daripada membaca tulisan Syed Hussein Alattas. Budaya ilmu ialah keadaan di mana semua lapisan masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dengan apa cara dan keadaan sekali pun. Budaya ilmu boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada pembacaan, pendengaran atau pengalaman.   Yang paling terkesan pada aku dalam buku ini ada di bab 5: 'Budaya Ilmu di Malaysia'. Dalam bab ini penulis memuatkan nasihat, kritikan dan juga cadangannya tentang budaya ilmu di Malaysia. Penulis menyatakan bahawa tujuan utama pendidikan bukanlah untuk mendapatkan pekerjaan semata-semata, tetapi pendidikan bertujuan untuk menanamkan sifat cinta akan ilmu dan untuk menghayatinya sepanjang hidup. Menimba, menyebar dan menghayati ilmu perlu dilakukan sepanjang hidup kita dan tidak seharusnya berhenti setelah kita menamatkan pendidikan.   Pada zaman sekarang, pendidikan dilihat hanya sebagai su...

Ulasan Buku Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Imej
 BUKU KRITIK PENSYARAH  Kalau aku diletakkan di dalam satu bilik atau satu ruang yang dipenuhi oleh pensyarah dan aku juga diberi peluang untuk mengulas buku, aku akan pilih buku ni. Buku ini memang ditujukan kepada insan-insan yang bergelar pensyarah. Aku baru tahu ada pensyarah yang terkejar-kejarkan jawatan di universiti. Naif sungguh aku ni hahaha.  Ini antara beberapa isi yang aku catat: 1. Ahli akademik negara kita tidak menghasilkan buku malah sibuk memasang cita-cita untuk menjadi pentadbir universiti. 2. Sesetengah ahli akademik di universiti-universiti mendamping diri mereka dengan biro pendidikan sesebuah organisasi politik dengan niat untuk menjadi naib canselor di universiti masing-masing.  3. Pensyarah-pensyarah ini jarang mengadakan diskusi-diskusi dan wacana ilmiah di universiti apatah lagi di luar universiti. 4. Ada pensyarah yang berpesan "Please don't quote me " kerana takut menyatakan kebenaran secara terbuka. 5. Wacana hampir tiada diadakan dalam...

Lawatan ke Sebuah Jabatan Pemikir Pertahanan

Imej
"Orang pandai dalam tentera ni tak dihargai." kata Dato Yacob.  Itu yang Dato Yacob katakan semasa sesi courtesy call di dalam biliknya. Aku sebagai pengarah program dijemput sekali untuk mendengar. Dato juga ada berkongsi tentang aktiviti-aktiviti institut ini  antaranya Vietnam dan Brunei perlukan bantuan institut ini untuk membangunkan universiti pertahanan di negara masing-masing. Universiti yang dimaksudkan tu mungkin lebih kurang macam UPNM.   Institut ini juga merupakan ahli wajib yang akan menghantar wakil ke perjumpaan Network of ASEAN Defence and Security Institution (NADI) pada setiap tahun.  Ada juga Dato sentuh pasal PLKN 2.0. Institut ini memang ada kena-mengena dengan PLKN 2.0. Aku sengaja tak nak bagitahu nama institut ni atas sebab-sebab tertentu.  Tentang pemerintahan Anwar Ibrahim dengan Najib Razak pun ada disentuh pasal Outcome Based Budgeting (OBB) ketika negara kita di bawah pemerintahan mereka berdua. Tapi ini tidak disentuh secara ...

Video "Bagi contoh risikan apa? Kerja James Bond memang belajar lah?"

 Cuba kita renung kembali, selama kita belajar di universiti ada tak kita berbincang dengan rakan sepengajian kita tentang mengapa kita memilih program yang kita belajar? Apa hala tuju kita selepas tamat belajar dan apa yang kita nak buat dengan kelayakan akademik yang kita peroleh dari universiti yang kita belajar?  Adakah kita melanjutkan pelajaran semata-mata mahukan segulung ijazah supaya tangga gaji kita lebih tinggi? Adakah kita sebenarnya benar-benar memahami apa yang kita belajar? Adakah kita benar-benar minat dengan apa yang kita belajar dan adakah ini yang terbaik buat kita?  Mahasiswa itu sepatutnya dilazimi dengan perbualan-perbualan tentang masa depan. Mereka itu harus sedar bahawa mereka itu bakal-bakal pemimpin di masa hadapan, sama ada mereka menjadi pegawai tentera, pegawai polis, pegawai kerajaan, pemilik syarikat dan apa-apa sahaja jawatan yang menjadikan mereka pemimpin. Seharusnya diwujudkan ruang untuk mahasiswa berbicara dan berfikir. Lihat sahaja p...